Thursday, April 2, 2009

KOMUNITI BESTARI DUN DUYONG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Komuniti Bestari Dun Duyong.

Komuniti Bestari Dun Duyong telah ditubuhkan pada tahun 2007 di mana pada sebelum ini lebih dikenali sebagai Komuniti Bestari Kampung Perigi Hang Tuah. Komuniti Bestari ini ditubuhkan adalah bertujuan sebagai satu landasan untuk mengeratkan hubungan kerjasama di antara penduduk di sekitar dun duyong dengan Jabatan Penerangan Malaysia.


Masjid Kampung Duyong

Masjid ini terletak di tengah-tengah Kampung Duyong. Jaraknya lebih kurang 7 km dari Bandar Melaka dan boleh dilihat dengan jelas oleh pelawat-pelawat yang berkunjung ke Perigi Hang Tuah. Mengikut cerita orang tua-tua, masjid ini asalnya sebuah surau dan kemudiannya dinaikkan taraf sebagai sebuah masjid. Bahan-bahan binaannya terdiri dari kayu dan batu merah (laterite) manakala atapnya diperbuat dari genting, campuran genting China dan Belanda. Kerja-kerja bagi membinanya dibuat secara bergotong-royong (melibatkan kaum perempuan) dan masjid ini siap untuk digunakan dalam tahun 1850. Pengasas masjid ini dikenali sebagai Wan Chilek. Pada tahun 1909, menara masjid ini telah dibina (juga secara bergotong-royong) sebagai tempat melaungkan azan.

Peninggalan Sejarah

Perigi Hang Tuah di Duyong, Melaka
Perigi ini dikatakan telah digali oleh pahlawan Melayu lama tersohor Hang Tuah yang menjadi laksamana empayar Melaka abad ke 15 Masihi. Kata orang, air perigi ini boleh dibuat ubat. Wallahualam...